Tuesday, August 23, 2011

wah!!! da nk rye..

wah!! da nk rye...besh nyer...
wlupun bersedih krn ramadhan bakal meninggalkn kita semua..namun jauh disudut ati aku... x dpt nk aku sembunyikn ag...rse riang ingin menyambut eidul fitri tetap ada...rse gembira nyer dihati melihat ibu bapa ku, adk beradikku, seluruh famili ku memakai baju baru...baik melayu..kurung...bagai...semua tu indah bg aku...
x sabar rsenyer mnjamu selera bersama...

namun...rye tahun ini bakal menyepi krn ayh dan abg ku hny bole bercuti satu ari memandangkn kerja2 mereka tdk boleh dtinggalkan..apa boleh buat...rezki perlu dicari...tp xpelah..asalkan mereka bahgia mndapat hasilnyer...

ramadhan kali ni aku rsekn bagai ada sesuatu yg tdk kne...aku byk skip terawih..rse cam malas nk pegi..ntah knp bangon tido lewat...padahal diwaktu waktu beginilah aku patut bangon, mencari dan memenuhi segenap ruang hariku dgn amal ibadah kpd Tuhanku...kalo dlu setiap kali aku buat silap aku akn menyalahkn syaitan yg menghasut ku..ttp ternyata kini hny nafsu dan diriku yg berada di jasadku...apakah aku perlu menyalahkn diriku di ats setiap kesilapan yg aku lakukan?? perlukah aku menghukum diriku??



Ya Allah...hny Engkau yg tahu....



Jd bangkitlah wahai Alba Hud...renungknlah kemungkaran yg telah menyelubungi dirimu....hamparkanlah ucapan taubat kpd Allah...smoga permohonan mu diterima Allah...krn kita tdk mengetahui apakah ramadhan akn dtg bakal bertamu di ruangan hidupmu...AMIN..

Monday, July 18, 2011

tersedar dari lamunan..

apakah ini petunjuk dari Mu ya Allah?? aku sentiasa berharap ini adlh sesuatu yg salah...namun ternyata...Engkau tdk pernah silap dlm setiap penentuanMu....justeru aku bermohon dgn sepenuh hati ku utk Kau membantu serta mendukung aku menghadapi kenyataan yg amat perit ini...
sesungguhnya apa yg ditetapkan tidak akn berubah walau pon doaku bergunung-gunung...aku tdk akn menyalahkn takdir krn apa yg tersurat ini adlh semestinya yg terbaik buat diriku..
aku mengerti sudah bhwa apa yg dilarang itu tdk mungkin menjadi halal walau aku bersujud dan bermohon hingga ke akhir hayat...
aku kini tlh sedar bhwa tdk semua bnda boleh dipaksa dan hny utk mengikuti kehendak kita...
aku kini sedar bhwa aku tidak akn pernah merasakannya...
aku kini sedar bhwa ia tdk akn pernah berlaku..
justeru itu ya Allah...aku bermohon agar Kau bersama-sama dgn ku utk aku menghadapi kenyataan ini.
dan menunjukkan aku jln yg Engkau redhai..
aku pohon agar aku dijauhkan dari hasutan iblis dan syaitan yg selama ini 'bekerja keras' utk menjauhkan dan melanggar laranganMu ya Allah.
aku khuatir dgn tahap iman ku yg tdk seberapa ini aku mudah kembali ke jalan hitam yg dlu pernah aku lalui..
aku segan, malu, takut dgn Mu, keluarga dan rakan-rakanku..
walaupun tetapan Mu ini amat payah utk aku telan...
wlupun sukar utk aku menerima yg aku tdk sehaluan dgnnya...
InsyaAllah....dgn bantuan Mu ya Allah...
aku akn berjaya menghadapi semua ini...
tdk ada yg mustahil bagiMu yaAllah...
biarlah pahit ujianMu, sesungguhnya aku berharap sesuatu yg lebih baik menanti aku kelak...
AMIN..

Sunday, November 21, 2010

Apa yg tak kne??

Pernah x terjadi kat korg yg mana time korg nk buat sth..mesti jer ada yg x kne...pehtu ada jer org nk mara...arah wat itu ini...padahal apa yg disuruh uh x sepadan n x elok dimata korg....tp korg terpaksa buat..terpaksa sbb mereka lebey tua...perlu dihormati n perlu dipatuhi...selagi tdk melanggar hukum syarak...btol...tp apabila kita melakukan sesuatu dgn terpaksa..apa akn terjadi?? wlupun sepatah perkataan tdk terkeluar dr mulut kita...tp dlm ati..?? aq percaya..mesti berkecamuk cam ombak tsunami x pun cam gunung berapi merapi...lepas uh mula lah buat keje hempas2..baling sana cni..campak itu ini...mulut muncung kedepan cam donald duck...siap bole gantung cloth hanger ag uh...tp.....


sdarkah kita wlu kita melawan dlm diam skalipun itu sudah dikira dosa....apa lg mencaci, mngutuk dlm ati....itu tdk masok lg dgn yg ditunjukkan dgn perbuatan..hmm..aq tau n sedar...aq juga pernah mengalami nyer n sebab itu aq berani menulis ini disini sbb aq dikire ada pengalaman..hahah..aq mnulis bukan lah utk munyokong dgn tindakan 'baik' itu..ttp utk menyedarkan kita bhw disebalik semua ini bukanlah kita seorg sahaja..terdapat suatu makhluk ciptaan Allah yg berdiri seiring dgn kita swaktu kita sedang marah..

Mereka sgt suka dan berjoget apabila berjaya melemahkan iman seseorg..apa yg aq ingin smpikan adlh apabila kita marah..jgn lah terlalu mengikut perasaan...ini kerana syaitan telah masok kdlm ati kita dan cuba menghiris ati kita dgn pisau kontot( knp..sbb pisau mereka tdk bole menghasut ati yg mmpunyai iman yg teguh) dan mengaburi mata kita drpd melihat semua kabaikan..

so mcm mana nk manage kita punyer kemarahan??? well..dunia dah maju...~dgn jalur lebar..semua dapat..~..haa..so korg searh jer gune google ke, yahoo ke..pape jer yg bole membantu korg menguruskan kemarahan..remember..its very importnt to manage our anger bcoz it cn lead to death..loosin frenz..parents n our own life..


Perbualan Nabi Muhammad s.a.w dgn Iblis

 Kat bwh ni ada 1 citer yg aq nk kongsi ngan korg..aq rse ia sgt bgos..i took it from fb n i hope it will be a great story here..:) happy readin..

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.

Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" 
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." 
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" 
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Soalan Nabi s.a.w :
"Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis:
"Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi s.a.w: :
"Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis:
"Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

Soalan Nabi s.a.w :
"Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis:
"Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.
Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makand aripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi s.a.w :
"Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis:
"Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w :
"Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis:
"Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi s.a.w :
"Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab Iblis:
"Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda,maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.
Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi s.a.w:
"Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"
Jawab Iblis:
"Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".

Soalan Nabi s.a.w :
"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“
Jawab Iblis:
"Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, mak abetapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap LaIllahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu".
"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".

Soalan Nabi s.a.w :
"Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".
Jawab Iblis :
"Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya kehadrat Allah katanya : "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"
Maka firman Allah SWT :
"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)!Demi kebesaran Ku dan ketinggianKu ! Bahawa Aku sentiasa sediaMengampuni dosa umat Muhammadselagi mereka itu meminta ampunkepada Ku".

Maka kata Iblis :
"Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.
1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu . Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.
Maka datang firman Allah :
"Hai Malaun ! Demi kemuliaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan ;
Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) . Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"

Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duka cita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW. SEMOGA KITA SENTIASA MENGINSAFI SEGALA TIPU DAYA IBLIS INI DAN DIHARAP DAPAT MENYAMPAIKANNYA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DARI SEMASA KE SEMASA.....

Rasulullah s. a. w. bersabda, "Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat"

Saturday, November 20, 2010

Cinta Remaja

Apakah yg di cari oleh ank2 muda skrg pon aq x tau..berkepit sana cni..ke hulu ke hilir...yg jantan uh boleh di terima lg lah..[actually x pon]..tp yg si betina nih...x tau malu ker??? kalo berjalan sesaja tu satu hal laa..ni siap ada pegang2 tgn..peluk cium...apa kes??!!! da x tau malu dipandang org keliling??? dimana maruah seorg perempuan...apakah anda tidak punyai harga diri sehinggakan begitu mudah utk dibawa kesana kemari...igtlah...anda mempunyai satu brg berharga yg tdk ternilai harganya..yg tdk boleh dibeli oleh sesiapa melainkan ikatan perkahwinan yg sah...jd jgelah harta tersebut...

ttp kini..semua itu tdk dihiraukan lg apabila nafsu telah menguasai diri..tiada apa yg dpt menahan amukan jiwa terlarang yg inginkan sesuatu yg bru..bg mereka apabila melakukan perkara tersebut adlh sesuatu nikmat yg besar..ttp apakah yg terjadi selepas itu??? menangis??merayu??mohon maaf??? semua sudah tidak berguna lg..apabila perot telah mula memboyot...keluarga tdk mahu menerima kamu lg..kemana kamu ingin pergi???mencari bapa kpd kandungan?? mahukah mereka menerima?? lebey trok kalo ada diantara mereka yg tdk mahu mengaku dgn perbuatan yg tekutok itu...jd?? jd mulalah terdengar jeritan bayi di tong2 smph..di depan pintu umah dsb..apakah ini yg sebenarnyer mereka mahukan??? mnjadi bahan permainan lelaki..bahan uji kaji??

bngonlah wahai perempuan...sedarlah bhw kamu hny menjadi boneka kaum adam masa kini...ttp perempuan mudah dpujuk...mudah cair apabila dijanjikan pelbagai perkara..dan lelaki pun mngambil kesempatan...kaum wanita pula hny menganggap dgn melakukan perkara sebegitu dapat membuktikan cinta dan kesetiaan nya pd bf dia...wth!!!!!! itu semua dusta..setelah kamu diratah..tiada apa lg yg tggl dan percayalah buaya darat yg kamu sanjung itu akn bingkas bngon meninggalkan korg sejurus mendapat tahu yg kamu bunting...

jd apakah akn terjadi kpd korg??? adkh korg akn berterus terang kpd bakal suami korg??? tunang korg?? atau suami korg?? masyaAllah...tiada siapa yg berani menceritakan kisah silam mereka kpd org yg tersayang..dan tiada suami yg mahu beristerikan BEKAS org..aq pon x mahu mengambil bekas org!!!

jd.. bangkitlaah wahai kaum wanita..kaum yg mnjadi pelengkap kpd sebuah kehidupan...tnpamu..keturunan sesebuah famili tdk akn berkembang..dn semestinya kami mahu kturunan kami berkembang dan berasal dari keturunan yg baik...sedarlah dan jgnlah menconteng arang di muka kedua ibu bapamu..krn tiada ibu bapa di dlm dunia ini yg mahukan ank2 mereka melakukan perbuatan yg sia2..sanggupkah kamu melihat ibu bapa menangis?? berjujuran airmata mereka apabila mengenangkan peristiwa yg terjadi...FIKIR-FIKIRKANLAH..

wlupun aq adlh seorg lelaki...aq tetap menulis ini utk dikongsi bersama krn aq malu...aq malu dgn tindakan kaum sejenis ku yg hny tahu bergembira..berseronok dan menjadikan org laen sbg mangsa...mereka sggh tdk bertanggungjawab dan tidak sepatotnya melakukan perkara sedemikian...wallahualam..


Friday, November 19, 2010

Couple atau Coupling

Istilah ini tlh byk kita dgr di seluruh pelosok tmpat kita menetap..x kira lah di bandar mahupun di kawasan pedalaman...rmi ank2 muda skrg yg sudah reti mnjinakkan diri mrk dgn prkara2 spt ini..jgn terkejut kalo aq katakan ada yg berumur seawal 12 tahun..persoalan utama yg bermain di fikiran aq dan org tua aq adlh..APAKAH YG MEREKA CARI??? do they really knw wuts the real meaning of love?? how??
 perkara ini telah sedikit sebanyak melahirkan pelbagai masaalah dan rmi pihak yg bimbang jikalau ia akn merosakkan masa depan kanak2 itu sndiri..actually mmg akn rosak pon kalo diteruskan.. dan siapakah yg harus dipersalah kan dlm soal ini??? kanak2 itu sndiri atau ibu bapa mrk atau org dsekeliling mereka?? FIKIRKANLAH..


dlm soal ini..telah byk pendapat yg aq terima..ada yg menyalahkan ibu bapa..ada yg kata budak uh sndiri..ada yg kata xde salah sape2 sbb itu lumrah hidup..tp bg aq mana mungkin pokok akn bergoyang kalo x ditiup angin..mana mungkin radio boleh berbunyi kalo kita x hidupkan suis.. jd..bg aq..semua pihak bersalah..krn jika msalah ini dtg nyer dr budak itu sendiri, knapa ibu bapa tidak boleh ambil tindakan???? tkot dgn ank sndiri?? jd knapa sedia utk melahirkan mereka?? percayalah..setiap yg berlaku..mesti ada pelaku nyer..kalo tidak mana mungkin kita belajar base melayu ada subjek dan prediket..jd semua pihak harus memainkan peranan yg pnting..


bg aq juga..salah satu sbb utama mslh ini adlh IT..mereka boleh mendapatkan segala informasi samada yg baik buruk nyer dgn hny 1 klik..wlu bagaimanapon aq tdk mencadangkan utk menghapuskan zaman IT ini..kalo x nnt ssh plak aq nk siapkan assgnmnt aq..huhu..


berbalik kpd mslh couple n coupling ini...pd pndangan aq  kedua duanyer boleh mndatangkan dosa..bg couple aq x bape confirm samada haram atau x..but then coupling!!! aq confirm 100% because diorg bukan muhrim n tidak berkahwin lg..masakan menyentuh lengan yg bkan muhrim itu juga sudah dikira haram,,ini kan pula berj***k..RENUNGKANLAH..


ya aq akui yg mslh ini smakin berleluasa..dan aq juga tdk mampu utk menghapuskan 100% ttp sbg seorg muslim...aq percaya..dgn semangat yg tegoh..kita sesama insan masih boleh membendung dgn cara memberi nasihat n tunjuk ajar kpd mereka yg memerlukan..aq bukan lah seperfect nabi utk tros menghadap si pesalah dan memberi nasihat bertentang mata..dan aq juga bukan lah seperti malaikat yg tidak pernah melakukan dosa..malahan aq percaya dosa aq maybe lebey byk dari korg..jd bersamalah kita membendung gejala yg tidak sihat ini..



aq juga insan biasa yg sentiasa ingin mencuba sesuatu yg bru..dan aq juga terlintas di fikiran utk mempunyai teman wanita..aq mencuba..tetapi setelah tidak mendapat restu kedua org tuaku..apakan daya utk aq troskan hasrat aq itu..bygkan lah betapa perit nyer hati ini jika kita tidak mndapat sesuatu yg kita inginkan..sesuatu yg btol2 aq inginkan..ttp aq percaya..kata2 org tua itu adlh yg terbaek buat diriku krn pengalamn mereka lebey luas di dlm dunia yg pnoh dgn onak dan duri ini..:)

Thursday, November 18, 2010

"Kalaulah boleh bercakap ngan Allah directly..."

Kalaulah boleh bercakap ngan Allah secara terus tentu seronok dan pasti rmi yg inginkan perkara ini berlaku...ttp adakah kita sedar baik dan buruknyer disebalik kemahuan kita yg hny mementingkan diri ini jika dlihat dr sudut pandangan yg berbeza...ya...aq akui yg aq juga menginginkannya suatu masa dahulu kerana aq yakin dgn cara ini MUNGKIN dapat mengetahui apa yg sedang berlaku dlm diri kita..mungkin kita bole nego dgn tuhan ttg dosa2 yg telah kita lakukan..mungkin kita boleh berdiskusi dgn Nya ttg kehidupan kita d dunia malahan juga mungkin di akhirat....


Ttp, prnahkah kita mendengar perkatan ujian?? ya perkataan ini sgt sejajar dgn permasalahan yg ingin aq bincangkan dlm post kali ini..cuba byg kan..kalo lah kita bole melakukan perkara yg tlh aq sebut kan d ats td...wajarkah ujian Allah dijalankan ke atas manusia dan seluruh ciptaan Nya?? hmm..bukankah kita di turunkan di dunia ini utk d uji dan dlm ujian ini kita perlu mengumpul sebyk yg mgkin amal soleh supaya ia boleh di jadikan bekalan utk di akhirat kelak..?? jika kita bole negotiate dgn tuhan dan di langsungkan teros utk memasuki ke syurga..lalu apakah fungsinya dunia ini???


jd wahai sahabatku sekalian...any tests n evry single things in our life tht has been created by Allah has its own meaning n hikmah...so sbg hambaNya kita perlulah menerima dan dlm masa yg sama jika kita terasa sesuatu yg menimpa kita itu is sth tht very hard to accept...kita berdoalah kpd Nya..agar dia meringankan ujian trsebut..ttp mgkin ada segelintir..anyone of us might say tht it's easy to say rather than doing it..yup..mmg btol..aq juga prnh merasai nya ttp apakah kita hyn perlu mengalah dgn godaan nafsu kita??? bg aq..[tp aq x tau lah sama ada ini btol atau tidak..hope someone can fix my words back]..perkara prtama yg akn menjatuhkan kita atau membuat kita alpa adlh nafsu kita sendiri...bukan syaitan...ini krn pd pndapat aq jika kita tidak bernafsu ke atas sesuatu..kita tdk mungkin ingin melakukan nyer..[AGAIN I HOPE THT SOMEONE CAN COME N BTOLKAN KALO AQ TERSILAP]..jd apa2 pun..semua perkara yg kita lakukan adlh terletak n bermula dr dlm diri kita sndiri..fikirkanlah...


ini kerana aq berlandaskan kpd bulan ramadhan...knp??? ya ini jwpnnyer..ini krn pd bulan rmdhan sprti yg kita sedia maklum..semua syaitan dan iblis akn di ikat dan di letakkan di dasar laut...[BTOLKAN KALO AQ SALAH]..ttp apa yg aq lihat..pd bulan yg mulia ini masih lg terdapat segelintir n mgkin rmi dari kita yg berperangai sprti 'MEREKA'..adkh syaitan bertanggungjawab di ats kelakuan nakal kita di bulan ini??? renungkanlah..

aq juga manusia biasa n selalu buat slh n mgkin lebey byk salah yg aq lakukan dr korg..ttapi kita bole brubah jika itu yg kita inginkn..percayalah..if we want to do sth good..insyaAllah god will be there..just believe it!!
kita sbg umat islam perlu sentiasa beringat krn mereka sering melihat peluang utk menjatuhkan kita..tlh rmi ank2 muda masa kini yg tlh..bukan rosak ttp telah terlupa sejenak ttg asal usul n agama mereka...aq tidak mampu utk menegur setiap umat islam utk kembali ke pangkal jln krn aq juga insan yg lemah dan mungkin mereka tidak lg mendapat hidayah dari Allah...


haa..cerita psal hidayah...ok let say kita da dpt hidayah utk berubah mnjadi yg lebey baik..ttp utk berubah uh adlh sesuatu yg susah aq rse...kerana aq pernah melaluinya..coz ok let say...yup i wanna change to be gud person but for sometime..the evil spirit come back n gotta bring me back into the evil side..so how im gonna fix this problem coz i think tht this is the major problem thts happening in our youth life..SMEONE PLIZ ANSWER THIS..:)